Friday, June 03, 2011

Ikut Hati Mati , Ikut Rasa Binasa

tapi kadangkala tak juga salah bila hati meneka , cuma tidaklah selalunya betul . pendek kata , mungkin ianya sekadar kebetulan yang tidak disengajakan . mungkin !
acapkali aku kata pada diri , tak ada apa apa la leyya , tapi kerap juga aku marah pada hati , berhentilah menyanyi dengan irama yang aku tak suka , tapi aku tahu segalanya datang daripadaNya . inilah salah satu kelemahan aku , aku kalah pada irama dan rentak hati aku .
tetapi sebenarnya ..
aku terlupa sesuatu , aku terlupa apabila hati itu berada di dalam keadaan yang tidak selesa , mengadulah padaNya , bermuhasabah lah diri , berzikirlah , sesungguhnya amalan-amalan itu mampu membuatkan hati kembali tenang . aku lalai dengan apa yang ada disekeliling aku . Astaghfirullahal’azim .. 
aku kerap terleka . aku selalu lalai .
ampunkan aku Ya Allah ..
bimbinglah aku .
banyak yang aku perlu belajar lagi . aku belum cukup matang untuk melalui kehidupan ini dan sesungguhnya aku memerlukan extra kekuatan serta antidot untuk menempuhi kehidupan yang penuh ranjau ini dan aku juga belum tahu apa yang menantiku di hadapan tetapi ketahuilah bahawa aku menerima segala yang terjadi di dalam kehidupanku dengan redha kerana sesungguhnya aku tahu inilah yang terbaik untukku setakat pada hari ini yang telah Kau tetapkan untukku dan aku sesungguhnya akan menggunakan segala nikmat dan kelebihan yang Kau berikan ini untuk menjalani setiap yang akan berlaku dalam kehidupanku pada masa akan datang . aku tahu Kau sentiasa mengetahui segala apa yang ada dalam hatiku . Amin Ya Rabbal’alamin .

6 comments:

  1. Muhamad Asraf03 June, 2011 06:38

    Sesungguhnya dengan solat baru kita dpt merasai ketenangan dlm diri kita...selain tu,dekatkn la diri dgn-Nya dgn pelbagai cara contoh berzikir,insyaAllah kamu akn merasai ktenangan itu...bersabar lah dgn setiap dugaan yg diberi,sesungguhnya stiap dugaan yg diberi itu hanyalah utk menguji tahap keimanan kita,stiap yang berlaku pasti ad hikmahnya...igt la,sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lg Maha Berkuasa...wlau sebesar mane pn dosa yg telah dilakukn,namun solat Taubat Nasuha jln penyelesaiannya...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. yela , thanks sayang .

    ReplyDelete
  3. Muhamad Asraf03 June, 2011 06:43

    bla..bla..bla..hehehe... =D

    ReplyDelete
  4. main kasar nmpak ? hahahaha .

    ReplyDelete
  5. bole tuju lagu??

    ReplyDelete
  6. siol la kau ! tuju lagu kau .
    tak bole go la am !

    ReplyDelete