tapi kadangkala tak juga salah bila hati meneka , cuma tidaklah selalunya betul . pendek kata , mungkin ianya sekadar kebetulan yang tidak disengajakan . mungkin !
acapkali aku kata pada diri , tak ada apa apa la leyya , tapi kerap juga aku marah pada hati , berhentilah menyanyi dengan irama yang aku tak suka , tapi aku tahu segalanya datang daripadaNya . inilah salah satu kelemahan aku , aku kalah pada irama dan rentak hati aku .
tetapi sebenarnya ..
aku terlupa sesuatu , aku terlupa apabila hati itu berada di dalam keadaan yang tidak selesa , mengadulah padaNya , bermuhasabah lah diri , berzikirlah , sesungguhnya amalan-amalan itu mampu membuatkan hati kembali tenang . aku lalai dengan apa yang ada disekeliling aku . Astaghfirullahal’azim ..
aku kerap terleka . aku selalu lalai .
ampunkan aku Ya Allah ..
bimbinglah aku .
banyak yang aku perlu belajar lagi . aku belum cukup matang untuk melalui kehidupan ini dan sesungguhnya aku memerlukan extra kekuatan serta antidot untuk menempuhi kehidupan yang penuh ranjau ini dan aku juga belum tahu apa yang menantiku di hadapan tetapi ketahuilah bahawa aku menerima segala yang terjadi di dalam kehidupanku dengan redha kerana sesungguhnya aku tahu inilah yang terbaik untukku setakat pada hari ini yang telah Kau tetapkan untukku dan aku sesungguhnya akan menggunakan segala nikmat dan kelebihan yang Kau berikan ini untuk menjalani setiap yang akan berlaku dalam kehidupanku pada masa akan datang . aku tahu Kau sentiasa mengetahui segala apa yang ada dalam hatiku . Amin Ya Rabbal’alamin .